Profil Penulis
Sebagai mahasiswa, saya melihat tamadun Melayu bukan
hanya untuk dikenang, tetapi untuk difahami, dihargai, dan dikembangkan agar ia
terus relevan dalam dunia moden. Ia memberi saya rasa bangga dan tanggungjawab
untuk mempertahankan dan memajukan warisan ini dengan cara yang bijaksana dan
terbuka kepada perubahan
Dalam dunia yang semakin modern dan global, generasi muda
sering terdedah kepada berbagai pengaruh budaya luar yang secara perlahan-lahan
boleh mengikis jati diri bangsa sendiri. Justru, memahami dan menghidupkan
kembali nilai-nilai tamadun Melayu menjadi satu perkara yang sangat penting,
bukan saja untuk melestarikan warisan nenek moyang kita, tetapi juga untuk
membina masyarakat yang lebih beradab, harmoni, dan berakar pada nilai yang
kukuh.
Tamadun Melayu bukanlah satu konsep yang kaku atau
tertinggal zaman. Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk peradaban yang kaya
dengan nilai-nilai kemanusiaan, moral, dan budaya yang tinggi. Nilai-nilai
seperti hormat-menghormati, tolong-menolong (gotong-royong), kesantunan dalam
berbicara, dan hubungan erat dengan alam merupakan asas yang boleh membimbing
generasi muda dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai ini jika dipraktikkan,
mampu melahirkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan saling menghargai antara
satu sama lain.
Sebagai contoh, budaya gotong-royong yang merupakan
sebagian daripada nilai tamadun Melayu, kini semakin dilupakan, terutamanya di
kawasan bandar. Namun, saya sebagai penduduk kampung menyertai aktivitas
gotong-royong saya melihat bagaimana penduduk kampung masih mengamalkan
semangat bekerjasama untuk membersihkan kawasan surau dan membantu jiran yang
ditimpa musibah. Walaupun kehidupan mereka sederhana, tetapi nilai kekeluargaan
dan kebersamaan sangat kuat. Ini menunjukkan bahawa nilai tamadun Melayu masih
relevan dan perlu disuburkan semula di kalangan anak muda yang hidup dalam
suasana individualistik hari ini.
Di universitas juga, saya perhatikan wujudnya jurang
komunikasi antara mahasiswa dengan dosen atau kakitangan disebabkan kurangnya
nilai hormat dan adab dalam berbahasa. Dalam tamadun Melayu, adab terhadap
orang yang lebih tua atau berilmu sangat ditekankan. Jika generasi muda kembali
menghayati nilai ini, pasti hubungan antara pelajar dan pendidik akan menjadi
lebih harmoni dan penuh rasa hormat. Ia juga memberi kesan positif dalam
pembentukan sahsiah mahasiswa.
Dalam konteks masyarakat modern yang sering diwarnai oleh
isu perpecahan kaum dan agama, tamadun Melayu juga menawarkan satu pendekatan
yang inklusif. Sejarah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu terbuka
menerima pelbagai pengaruh luar seperti Islam, Hindu-Buddha, dan Barat, tetapi
tetap berjaya menyesuaikannya dengan nilai dan budaya tempatan. Ini adalah satu
contoh bahawa kita boleh menjadi modern dan terbuka, tanpa mengorbankan
identiti dan akar budaya kita.
Sebagai generasi muda, kita juga harus menyadari bahwa
pemahaman terhadap tamadun Melayu tidak bermaksud menolak kemajuan atau menutup
diri daripada dunia luar. Sebaliknya, ia memberi kita landasan yang kukuh untuk
menghadapi dunia modern dengan nilai yang terarah. Tamadun Melayu memberi kita
panduan untuk menjadi manusia yang beretika, menghormati sesama manusia, dan
hidup secara seimbang dengan alam sekitar.
Akhir kata, nilai-nilai tamadun Melayu bukan sekadar tinggalan sejarah, tetapi warisan hidup yang boleh dijadikan pedoman dalam membentuk generasi muda yang berjati diri, beradab, dan mampu menghadapi cabaran masa kini. Menghidupkan kembali nilai ini dalam kehidupan seharian bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan jika kita mau membina masa depan yang lebih seimbang dan bermakna.
Andaya, L. Y., & Andaya, B. W. (2017). A History of Malaysia (3rd ed.). London: Palgrave Macmillan. "Buku ini memberi gambaran menyeluruh tentang sejarah sosial, politik, dan budaya yang membentuk Alam Melayu, termasuk peranan agama dan penjajahan."
Shamsul Amri Baharuddin. (2006). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. "Merupakan rujukan penting tentang perkembangan tamadun di rantau ini dan bagaimana nilai-nilai tamadun Melayu diterapkan dalam masyarakat."
Mohd Taib Osman. (1989). Islam and Malay Culture. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. "Buku ini menjelaskan hubungan erat antara agama Islam dan budaya Melayu yang menjadi asas kepada tamadun Melayu moden."
Abdullah, W. M. (2003). Tamadun Melayu: Tradisi dan Perubahan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. "Rujukan tentang perubahan dan kesinambungan dalam tradisi dan nilai budaya Melayu dalam menghadapi dunia moden."
Zainal Kling, et al. (2010). Pemikiran dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. "Menghuraikan aspek pemikiran, falsafah, dan identiti Melayu dalam konteks sejarah dan kontemporari."
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. (2000). Warisan Sejarah dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. "Fokus kepada warisan sejarah dan perkembangan peradaban Melayu sebagai asas pembentukan masyarakat hari ini."

Comments
Post a Comment